Its Me !!

Foto saya
Malaysia
Segala ape yg berlaku kembalilah kepada Allah sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah pudar pada hamba2xnya....

Jumaat, 13 September 2013

Kisah teladan : Rasulullah s.a.w bersenda gurau dengan nenek tua :)


KISAH TELADAN :

RASULULLAH S.A.W BERSENDA GURAU DENGAN NENEK TUA :)

Seorang nenek lanjut usia datang kepada Nabi s.a.w. Dengan sedih dan khuatir ia berkata. Ya Rasulullah, apakah saya dapat masuk syurga?"
Nabi mengerutkan kening, lalu dengan suara sungguh menyesal dia menjawab. "Maaf nek,disyurga tidak ada orang tua."
Maka nenek tua itu pun menangis tersedu2x menyesali nasibnya sebagai orang tua. Tetapi Nabi cepat menyambung ucapannya. "Maksud saya bukan nenek tidak akan masuk syurga."
"Jadi?"
"Nenek bakal masuk syurga, tetapi disana nenek akan jadi muda lagi,"ucap Nabi melegakan.
Maka nenek tua itu pun tertawa gembira membayangkan nasibnya yang akan jadi perawan kembali di syurga. Begitulah cara Nabi bercanda. Sekadar menyegarkan suasana,namun tetap menjaga agar seluruhnya dapat membahagiakan orang lain, bukan menyakitkan atau menyinggungkan.

Lihatlah kawan bagaimana Nabi s.a.w bergurau senda.... :) contohilah baginda...
xsalah untuk kita bergurau senda untuk menceriakan suasana,mengeratkan hubungan dan sebagainya tetapi kwan2x harus ingat,,nak bergurau biarlah dengan cara yg betol yg boley membahagiakan org lain bkan dgn menyinggung atau menyakiti hati org lain..tol x?? hehe haa pe lagii jom brgurau senda.. ;)
(gambar hiasan)

Nmpak nenek nie... dlm syurga nnty jadi cam bidadari..sy pun nak jgkkkkkk..:)hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan