Its Me !!

Foto saya
Malaysia
Segala ape yg berlaku kembalilah kepada Allah sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah pudar pada hamba2xnya....

Jumaat, 20 September 2013

OH TIDAK MY PINGPONG !!!!


hahahaha....... spe pernah men permainan nie....????? angkat tgn n kaki skang jgkkkk.......hohoho

ya Allah !! betapa teruk Sumayyah disiksa !!!!



KISAH TELADAN :

SUMAYYAH !!!



SUMAYYAH iaitu ibu Ammar bin Yasir, yang merupakan gmbaran cemerlang wanita yg pertama skali mati syahid dalam Islam. Sumayyah adalah istri Yasir. Dengan keimanan yg kuat dan keberanian yg tersimpan direlung hatinya yg dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yg trkenal bengis dan kejam itu......

Sumayyah brsama suami dan anaknya Ammar bin Yasir, dijemur di tengah padang pasir yg sangat pnas. Kaki dan tangan mreka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan...
Mereka disiksa dengan kejam, agar mengikut keinginan Abu Jahal. Namun tidak terdengar sepatah kata pun dari mulut Yasir dan puteranya Ammar, selain drpd rintihan yg penuh kesakitan. Justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dri agama Islam....

Sumayyah tidak hanya merintih kesakitan tetapi ia menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa ia tetap berpegang teguh kpd keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yg mahal. Kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W ketika baginda melewati tempat mereka disiksa :

"Bersabarlah wahai keluarga Yasir,kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga".

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yg menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yg kukuh dlm jiwanya.
Abu Jahal yg sombong dan bengis itu merasa trhina kerana dicabar oleh seorang wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketakwaan Sumayyah dan bertambah berani menentangnya. Akhirnya Sumayyah dibunuh dgn penyiksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumayyah dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Kerana wanita pertama yg mati syahid dlm Islam ini sbgai motivasi jihad terhadap generasi berikutnya. Namanya abadi smpai sekrang untuk dikenang sebagai pejuang yg sanggup dn berani melawan kekejaman dan kekerasan.
Ibnu Hajar brkta di dlm kitabnya Al-Ishabah: "Sumayyah binti Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah bin Al-Mughirah bin Makhzum. Ia adalah ibu Ammar bin Yasir org yg masuk Islam pda kurun ketujuh. Sumayyah di seksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Yasir dikahwinkan oleh Huzaifah dengan Sumayyah. Kemudian mendapat seorang anak yg diberi nama dgn Ammar setelah itu dimerdekakan. Yasir,Ammar dan Sumayyah termasuk angkatan prtama yg memeluk Islam."
Sumayyah menjadi lambang pengorbanan dlm menegakkan agama Allah. Dia termasuk dlm 7 org yg prtama sekali menunjukkan keislamannya di Makkah. Mereka adalah Rasululah s.a.w, Abu Baka, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar dan Sumayyah.
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar dihalang oleh kaumnya. Sedangkan yg lain dipakaikan kpd mereka dgn baju besimkenudia dipanaskan pada sinar matahari yg terik. Melihat Sumayyah, maka Abu Jahal mendekatinya dan menusuknya dengan tombak hingga meninggal dunia.

Ammar bin Yasir hidup hingga dapat menyaksikan terbunuh org yg membunuh ibunya. Ibnu Sa'ad meriwayatkan dengan sanad yg shahih dri Mujahid ia berkata: "Wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam ialah Sumayyah ibu Ammar bin Yasir seorang wanita yg sudah tua dan lemah. Ketika Abu Jahal terbunuh dlm perang Badar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah membunuh org yg membunuh ibumu.