ASSALAMUALAIKUM.... :)
KISAH TELADAN :
ISTERI TERKUTUK !!!
Dikisahkan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang ahli ibadah yang sentiasa menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Pada suatu hari ia berwuduk dan sebagaimana biasa ia melakukan solat sunat wuduk ( Syukril wuduk ) dua rakaat, lalu berdoa: "Ya Allah, terimalah amalku!"
Selesai berdoa, terdengarlah suara penyeru utusan Allah yang Maha Rahman berbunyi: "Hai lelaki terkutuk, tidak usah kamu berdoa seperti itu! Ketahuilah, bahawa amal - amalmu itu tertolak!" Maka dengan penuh tanda tanya, lelaki itu berkata:"Mengapa demikian ya Allah?" Suara itu pun terdengar menjawabnya: "Ketahuilah olehmu,kau memang seorang ahli ibadah,tetapi kau merelakan isterimu menderhakai perintah ku, kau biarkan dia meninggalkan solat!"
Maka lelaki ahli ibadah itu segera menemui isterinya, menanyakan kebenaran berita itu. Lalu si isteri menjawab:
"Wahai suamiku, aku bekerja di tempat maksiat. Sehingga aku sering terbuai indahnya alunan muzik dan hiburan yang ada. Maka wajarlah kalau aku sering meninggalkan solat!" Mendengar penjelasan isterinya itu, serta-merta si suami menjatuhkan talak seraya berkata: "Hai isteriku,sekarang juga kau kutalak! Dan aku tidak akan menerimamu lagi untuk selamanya!"
Kemudian ahli ibadah itu mengambil wuduk, lalu mengerjakan solat dua rakaat dengan khusyuk. Selesai solat dia mengangkat kedua tangannya seraya berdoa:"Ya Allah, terimalah amal - amal baikku!". Maka terdengarlah suara yang menyeru: "Wahai hambaKu, sekarang telah Kuterima pengabdianmu!".
Lihatlah kawan2x bertapa pentingnya solat dlm kehidupan dan Seorang Suami bertanggungjawab atas seluruh isi keluarganya agar mereka mndirikan solat.. Sesungguhnya solat itu termasuk dlm rukun Islam .... :)
Solatlah anda sementara anda masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini .. :) peringatan untuk kita bersama....
Alhamdulillah..peringatan kita brsama.. :)
BalasPadambetol2x.. :)
BalasPadam