Its Me !!

Foto saya
Malaysia
Segala ape yg berlaku kembalilah kepada Allah sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah pudar pada hamba2xnya....

Ahad, 15 September 2013

KISAH TELADAN : "KISAH WANITA BERHATI WAJA"


KISAH TELADAN:

"KISAH WANITA BERHATI WAJA"

Pada tahun 636 M, terjadilah pertempuran hebat di Cadisia, di pintu gerbang ke Iraq itu. Balatentera Islam yang hanya berjumlah 8,000 orang harus berjuang bermati-matian menghadapi balatentera Persia berkekuatan 30,000 orang yg lengkap persenjataannya.
Mula tentera Persia itu mentertawakan alat2x perang tentera Islam yang hanya berupa umban batu ! Bahkan mereka mengejek2xnya sbgai alat penenun benang. Apalagi kerana mereka tahu jumlah tentera Islam hanya 8,000 orang. Tetapi setelah terjadi pertempuran sengit, akhirnya kemenangan berada di pihak tentera Islam. Berkat kecerdikan panglimanya iaitu panglima Saad bin Abi Waqash, tentera Islam dpt menghancurkan tentera Persia. Bahkan panglima tentera Persia, Rustam terbunuh pula.

Dalam pertempuran Cadisia inilah muncul kisah tentang keluhuran budi seorang wanita bernama Khansaa'
Ketika Khansaa' mendengar suaminya gugur di medan perang dia malah tersenyum bahagia. Bahkan dia segera memerintahkan anak - anaknya agar pergi ke medan perang. Dan akhirnya semua anaknya gugur seorang demi seorang. Tetapi setiap kali dia  diberi khabar tentang kematian anaknya, Khansaa' wanita berhati waja aitu selalu tersenyum. Baru setelah anaknya yg bongsu gugur, Khansaa' menangis tersedu - sedu. Oleh sebab itu prajurit yang menyampaikan khabar itu bertanya ....
" Mengapa sekarang ibu menangis... sedang biasanya ibu selalu tersenyum bbahagia?"
Aku menagis bukan kerana menyesali kematian suami  dan anak2xku." jawab Khansaa' dengan sedih."Aku menangis kerana sekarang aku sudah tidak punya anak lagi yang dapat ku suruh untuk membela agama Allah. Pada hal aku sudah tua renta, nak... Kalau badanku masih kuat, aku pun mahu bertempur, Tetapi sekarang? Aku x punya apa - apa lagi. Suami dan anak2xku telah diserahkan kepada Allah... Harta benda,aku x punya...lalu apa lagi yg dapat ku berikan untuk membela agama Allah... ?


ya Allah kwan2x betapa kuatnya hati wanita yg bernama Khansaa' trsebut....
tidak pernah menyesal dgn kematian suami dan anak2xnya yg membela agama Allah...Subhanallah,malah setiap kematian itu membawa senyuman dibibirnya....
Adakah lagi wanita sepertinya zaman skrg nie....
wanita yg sgt2x berhati waja... :)
banyk pengajaran yg boleh kita ambil dri kisah dia atas...
Selamat menghayati kisah diatas..!!1.. 
Assalamualaikum...