Its Me !!

Foto saya
Malaysia
Segala ape yg berlaku kembalilah kepada Allah sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah pudar pada hamba2xnya....

Sabtu, 4 Januari 2014


Assalamualaikum sahabat2x perjuanganku......

Maaf sgt2x da lame xupdate.... hehehe... semenjak 2 menjak nie maira bz ckit... tambah minggu depan nak final exam dah... Minggu depan jugk maira ade seminar 4 my tesis.... arghhh takutttnyee..... sahabat2x smua doakan erk smuanya brjalan lancar,,dan Allah mempermudahkan urusan sy..hehehe.....

Terima kasih semua...
Lov u Allsss.........
<3 <3 <3

Jumaat, 4 Oktober 2013

JASA IBU................KETAHUILAH DUHAI INSAN YG BERGELAR ANAK..!!!

KETAHUILAH ANDA TENTANG JASA SEORANG IBU YG TIDAK MAMPU KITA BALAS...HARGAILAH SEORANG IBU...........................

JASA IBU





Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu.Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang
dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak
sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang
pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &
keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang
dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada
mukasurat yang ditulisnya.






Ahad, 29 September 2013

Akibatnya apabila hati seorang ibu terluka !!!!!!!!!!... ketahuilah sahabat dimana letakknya syurga seorang anak itu.... :).....


kisah Teladan................................................!!!


ALQAMAH TIDAK DAPAT MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH KERANA MENYAKITI IBUNYA !!!



Pada suatu hari, isteri Alqamah datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat.
Mendengar laporan itu, baginda pun bertanya:
"Bagaimanakah keadaannya?"

Jawab isteri Alqamah:
"Sungguh membimbangkan, ya Rasulullah."
Lalu baginda pun mengutus Aromar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu.
Setelah mereka sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarnya membaca kalimah tauhid. Berkali-kali Bilal mengajarnya namun lidah Alqamah seakan-akan terkunci.

Tiada sepatah kata pun yang dapat keluar dari mulutnya.
Bilal hairan melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu.
Lalu  beliau pun pulang berjumpa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan peristiwa tersebut.

Mengetahui keadaan itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam segera datang melihat Alqamah.
Setelah diketahui sendiri keadaan sahabatnya,
baginda bertanya kepada isteri Alqamah:
"Masih hidup lagikah kedua ibu bapanya?"

Isteri Alqamah menjawab:
"Ya, tetapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua."

Rasul bertanya:
"Di mana ia sekarang?"

Isteri Alqamah berkata:
"Dia berada di rumahnya, jauh dari sini. "

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terpaksa pergi ke rumah ibu Alqamah untuk mengkhabarkan keadaan anaknya yang sedang sakit.
Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya.
Maka baginda meminta agar ibu itu memaafkan segala kesalahan anaknya.

Ibu Alqamah menjawab:
"Ya Rasulullah, bagaimana aku harus memaafkan anakku itu jika ia selalu menyakiti hatiku kerana cintanya kepada isterinya?"

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata:
"Jika demikian halnya, maka Alqamah akan kami bakar agar ia cepat mati.

"Kemudian, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal:
"Hai Bilal, kumpulkanlah kayu api!"

Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut,
lalu ia pun segera menghadap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
"Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku.”

Mendengar jawapan ibu Alqamah tersebut,
baginda kembali menemui Alqamah untuk mengajarnya membaca kalimah tauhid.
Kini keadaan Alqamah telah  berubah,
lidahnya tidak terkunci lagi dan ia dapat mengucapkan kalimah tersebut dengan lancar dan jelas.

Peristiwa di atas merupakan iktibar bagi kita semua bahawa ibu bapa wajib dihormati dan dimuliakan.
Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu terus melupakan ibu bapanya,
apatah lagi sehingga menderhakainya.

Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Reda Allah ada di dalam reda kedua ibu bapa, dan kemurkaanNya ada di dalam kemurkaan keduanya "
(Riwayat Thabarani dan Ibnu Umar)

Dari Abu Bakar Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
"Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar?"
Para sahabat berkata.. "Bahkan, ya Rasulullah "
Baginda bersabda: "Mempersekutukan Allah dan menderhakai kedua ibu bapa"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berjuang menegakkan agama Allah adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Tetapi sekiranya ada seseorang yang ingin berjuang, namun niat itu terhalang kerana tugasnya setiap hari menjaga dan memelihara kedua ibu bapanya, maka tugasnya itu dikira sama dengan berjuang di jalan Allah.
Pernah berlaku, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Kedatangan lelaki tersebut adalah bertujuan mendaftarkan diri untuk berjihad.
Tetapi setelah ia mengemukakan maksudnya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya:
"Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa? "

Dia menjawab:
"Benar, ya Rasulullah Bahkan keduanya masih hidup. "

Nabi bertanya:
"Adakah kamu mengharap pahala dari Allah? "

Dia menjawab:
"Ya "

Kemudian baginda bersabda:
"Kembalilah kepada kedua ibu bapamu, dan perbaikilah layananmu terhadap keduanya "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Di dalam kitab Tanbih al-Ghafilin disebutkan bahawa terdapat sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya, iaitu:

1. Memberinya makan bila diperlukan.

2. Memberi layanan yang baik.

3. Menyahut panggilannya.

4. Mentaati semua perintahnya, kecuali perintah maksiat.

5. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut.

6. Memberi pakaian bila mereka memerlukannya.

7.Berjalan di belakangnya, tidak boleh mendahului.

8.Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang disukai mereka.

9.Menjauhkan sesuatu yang tidak disukai mereka.

10.Mendoakan keduanya agar mendapat keampunan setiap kali ia berdoa untuk dirinya.

Sebagai anak yang soleh, maka tugas-tugas berbakti kepada ibu bapa merupakan tugas utama sebelum tugas-tugas duniawi lainnya dilaksanakan.
Demikianlah tuntutan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana pernah baginda melaksanakan dalam  kehidupannya.

Sabtu, 28 September 2013

Ya Allah.... Ketahuilah sahabt2x tentang air mata rasulullah.....


Ya Allah..................... Aku Rindukan Rasulullah ....:(


AIR MATA RASULULLAH






Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Sedarlah kita wahai sahabat2xku yg tercinta....kematian yg bakal menjemput kita..kemulian Rasulullah s.a.w yg sentiasa risaukan umatnye wlaupun disaat ajal menjemputnya...MasyaAllah....Aku rindu kpdmu wahai Nabi junjunganku....:(....
Marilah sama2x kita Selawatlah keatas Nabi Muhammad S.A.W......

Khamis, 26 September 2013

Ketahuilah wahai sahabat2x yg diredhai Allah S.W.T...10 jenis tangisan !!

KETAHUILAH WAHAI SAHABAT2XKU...RENUNGAN KITA BERSAMA :)


10 jenis tangisan

Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis
1) Menangis kerana kasih sayang kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.



"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti?.kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.


Tangis tercela atau terpuji ??


Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Tangisan dapat memadamkan api Neraka

"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan dirahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s 

Beliau menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada dituntut. 

Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat yakinlah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda
"Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis diwaktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fisabillah di waktu malam."

"Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat"??seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguranlah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Berkata Salman Al Faarisi r.a
Aku di buat menangis atas 3 perkara jua :
1) Berpisah dengan Rasulullah saw dan para sahabat-sahabat.
2) Ketakutan seorang yang perkasa tatkala melihat malaikat Israil datang mencabut nyawanya.
3) Aku tidak tahu samada aku akan di perintahkan untuk ke syurga atau neraka.


Air mata tanda rahmat Tuhan
Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahinya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat.
(riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memilikimu.



Jumaat, 20 September 2013

OH TIDAK MY PINGPONG !!!!


hahahaha....... spe pernah men permainan nie....????? angkat tgn n kaki skang jgkkkk.......hohoho

ya Allah !! betapa teruk Sumayyah disiksa !!!!



KISAH TELADAN :

SUMAYYAH !!!



SUMAYYAH iaitu ibu Ammar bin Yasir, yang merupakan gmbaran cemerlang wanita yg pertama skali mati syahid dalam Islam. Sumayyah adalah istri Yasir. Dengan keimanan yg kuat dan keberanian yg tersimpan direlung hatinya yg dalam ia sanggup menentang Abu Jahal yg trkenal bengis dan kejam itu......

Sumayyah brsama suami dan anaknya Ammar bin Yasir, dijemur di tengah padang pasir yg sangat pnas. Kaki dan tangan mreka diikat sehingga tidak bergerak dan melawan...
Mereka disiksa dengan kejam, agar mengikut keinginan Abu Jahal. Namun tidak terdengar sepatah kata pun dari mulut Yasir dan puteranya Ammar, selain drpd rintihan yg penuh kesakitan. Justeru itu mereka meneruskan penyeksaan terhadap keluarga yg beriman ini agar menyatakan murtad dri agama Islam....

Sumayyah tidak hanya merintih kesakitan tetapi ia menentang dengan terus terang serta menyatakan bahwa ia tetap berpegang teguh kpd keimanannya, walaupun harus ditebus dengan harga yg mahal. Kerana mereka telah mendengar sabda Rasulullah S.A.W ketika baginda melewati tempat mereka disiksa :

"Bersabarlah wahai keluarga Yasir,kerana tempat yg dijanjikan untuk kamu adalah syurga".

Segala seksaan terasa ringan kerana semuanya akan berakhir dengan kenikmatan syurga. Biar apapun seksaan yg menimpa Sumayyah namun ia tetap dengan pendirian dan keimanan yg kukuh dlm jiwanya.
Abu Jahal yg sombong dan bengis itu merasa trhina kerana dicabar oleh seorang wanita yg lemah. Penyeksaan yg dilakukan hanya menambah ketakwaan Sumayyah dan bertambah berani menentangnya. Akhirnya Sumayyah dibunuh dgn penyiksaan yg menyedihkan.

Riwayat Sumayyah dicatat dalam lembaran sejarah dengan tinta emas. Kerana wanita pertama yg mati syahid dlm Islam ini sbgai motivasi jihad terhadap generasi berikutnya. Namanya abadi smpai sekrang untuk dikenang sebagai pejuang yg sanggup dn berani melawan kekejaman dan kekerasan.
Ibnu Hajar brkta di dlm kitabnya Al-Ishabah: "Sumayyah binti Hubbath bekas hamba sahaya Huzaifah bin Al-Mughirah bin Makhzum. Ia adalah ibu Ammar bin Yasir org yg masuk Islam pda kurun ketujuh. Sumayyah di seksa Abu Jahal dan ditusuk tombak pada kemaluannya hingga meninggal dunia. Ia adalah wanita yg pertama sekali mati syahid dalam Islam.

Yasir dikahwinkan oleh Huzaifah dengan Sumayyah. Kemudian mendapat seorang anak yg diberi nama dgn Ammar setelah itu dimerdekakan. Yasir,Ammar dan Sumayyah termasuk angkatan prtama yg memeluk Islam."
Sumayyah menjadi lambang pengorbanan dlm menegakkan agama Allah. Dia termasuk dlm 7 org yg prtama sekali menunjukkan keislamannya di Makkah. Mereka adalah Rasululah s.a.w, Abu Baka, Bilal, Khabbab, Shuhaib, Ammar dan Sumayyah.
Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar dihalang oleh kaumnya. Sedangkan yg lain dipakaikan kpd mereka dgn baju besimkenudia dipanaskan pada sinar matahari yg terik. Melihat Sumayyah, maka Abu Jahal mendekatinya dan menusuknya dengan tombak hingga meninggal dunia.

Ammar bin Yasir hidup hingga dapat menyaksikan terbunuh org yg membunuh ibunya. Ibnu Sa'ad meriwayatkan dengan sanad yg shahih dri Mujahid ia berkata: "Wanita yg pertama sekali mati syahid dlm Islam ialah Sumayyah ibu Ammar bin Yasir seorang wanita yg sudah tua dan lemah. Ketika Abu Jahal terbunuh dlm perang Badar, Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah membunuh org yg membunuh ibumu.

Ahad, 15 September 2013

KISAH TELADAN : "KISAH WANITA BERHATI WAJA"


KISAH TELADAN:

"KISAH WANITA BERHATI WAJA"

Pada tahun 636 M, terjadilah pertempuran hebat di Cadisia, di pintu gerbang ke Iraq itu. Balatentera Islam yang hanya berjumlah 8,000 orang harus berjuang bermati-matian menghadapi balatentera Persia berkekuatan 30,000 orang yg lengkap persenjataannya.
Mula tentera Persia itu mentertawakan alat2x perang tentera Islam yang hanya berupa umban batu ! Bahkan mereka mengejek2xnya sbgai alat penenun benang. Apalagi kerana mereka tahu jumlah tentera Islam hanya 8,000 orang. Tetapi setelah terjadi pertempuran sengit, akhirnya kemenangan berada di pihak tentera Islam. Berkat kecerdikan panglimanya iaitu panglima Saad bin Abi Waqash, tentera Islam dpt menghancurkan tentera Persia. Bahkan panglima tentera Persia, Rustam terbunuh pula.

Dalam pertempuran Cadisia inilah muncul kisah tentang keluhuran budi seorang wanita bernama Khansaa'
Ketika Khansaa' mendengar suaminya gugur di medan perang dia malah tersenyum bahagia. Bahkan dia segera memerintahkan anak - anaknya agar pergi ke medan perang. Dan akhirnya semua anaknya gugur seorang demi seorang. Tetapi setiap kali dia  diberi khabar tentang kematian anaknya, Khansaa' wanita berhati waja aitu selalu tersenyum. Baru setelah anaknya yg bongsu gugur, Khansaa' menangis tersedu - sedu. Oleh sebab itu prajurit yang menyampaikan khabar itu bertanya ....
" Mengapa sekarang ibu menangis... sedang biasanya ibu selalu tersenyum bbahagia?"
Aku menagis bukan kerana menyesali kematian suami  dan anak2xku." jawab Khansaa' dengan sedih."Aku menangis kerana sekarang aku sudah tidak punya anak lagi yang dapat ku suruh untuk membela agama Allah. Pada hal aku sudah tua renta, nak... Kalau badanku masih kuat, aku pun mahu bertempur, Tetapi sekarang? Aku x punya apa - apa lagi. Suami dan anak2xku telah diserahkan kepada Allah... Harta benda,aku x punya...lalu apa lagi yg dapat ku berikan untuk membela agama Allah... ?


ya Allah kwan2x betapa kuatnya hati wanita yg bernama Khansaa' trsebut....
tidak pernah menyesal dgn kematian suami dan anak2xnya yg membela agama Allah...Subhanallah,malah setiap kematian itu membawa senyuman dibibirnya....
Adakah lagi wanita sepertinya zaman skrg nie....
wanita yg sgt2x berhati waja... :)
banyk pengajaran yg boleh kita ambil dri kisah dia atas...
Selamat menghayati kisah diatas..!!1.. 
Assalamualaikum...



Sabtu, 14 September 2013

Balasan pkai skirt lalu bertaubat !!

MEMORY HIDUP !!!!!

BASIKAL TUA DAN ANAK ANJING :)
Balasan pakai skirtt!!!


Haaa.....ape kaitan basikal tua ngn anak anjing??? pe ha pe entah... xde kaitan langsong!..
wauuu3x...sabar2x....sy xcite lagii..bawu nak start da korg letak penutup dia...hahah nak tahu x kisah dia...
Joommm kita flas back blekk...Jengggg3x.....!!!

"Uit tii cepatlaa....!! kata nak gi kedai nak beli brg,,semangat nak masak nie..." jerit yong merupakan spupu kpda si yati...
" Jappp laa!! sobaa ckit boley....?" rungut si yati..
"Yela...oii ti,kite nak gi nek ape?? jauh kot kedai,, nak jln kaki mmg xlarat kott...." ngeluh si yong.
"Haaa....ekau xnmpak basikal tua atok too..pe lagi jom kite bedal basikal atok!!.." kata si yati..
Oii ang biaq betoii ty, yong dahla pkai skirt nie haa,,basikal atok too bukan men besar n tinggi lagi too...nak dok atas set mmg xlpasla..dah kite bdua nie pendek..hoho" rungut yong dgn nada risaukan dri yg brskirt too...
Manenye xnye..siyong too bawu drjah 3,si yati too bawu drjah 4 ..nak nek basikal tua mmg xcapaila nk dok atas set bsikal...hahaha
oii yong,pegi ang bawak,,blek nnty aku plak bawak,kite tukar2x...." plan yati...
"ehm yeelaa...." jwab yong dgn redho.
si yong pun dgn semangatnye kayuhla basikal too..n smpaila kat kedai runcit dgn peluh2xnyee.....dahla ayah ngn ibu xthu kitaorg kuar nie.....siap curi basikal tua atok lagi too...hahahha
"skang ang plak bwak...penat tadi yong dok kayuh..skang nie biar yong plk dok kat belakang.... pegang basikal kuat2x taw yong nak nek nieee,,"pesan yong dgn sungguh kat yati.
"ye naikla cpatt..panas nie " blas yati.
"hehehe tiiiiiiiii,,yong nak dok terbalek boleh?? yong tgk diorg dok trbalek cam best jee..boley laa tiii..." pujuk si yong.
"Suka atie ang la yong nak dok terlentang ke,tertonggeng ke.." balas yati....
Yong pun dgn semangatnye dok terbalek kat tempat dok belakang..... cheewaah sonok je si yong trase angin mengalun2x rambutnyee..... maka lalulah dua org spupu nie depan umah nyonya sama mcm diorg lalu waktoo pegi tadi.... tanpa disangka2x anak anjing belaan si nyonya too pun kuar..... Bile dia nmpak je dua org spupu nie dok nek basikal smbil sorg lagi dok trbalek dgn pkai skirtnye..apee lagi...si anak anjing too pun kejar.......
Maka tanpa diduga menangislah si yongg nie dgn ketakutan yg teramat sgt....
"tyy cepat kayuh laju2x tyyy.....!!! aku takut tyy !!! anjing da dekatt sgtt da nie....tyyyyyy!!!!! " jerit yong smbil menangis2x..
"Aku tengah kayuhla niee,,dah la nek bukit,,mmg xlaratlaaa....." balas yatii.
Si yong pun menangis smbil menjerit sbb anjing semakin dkat kjar diorg...mne x nye si yong too nangis sekuat2xnye.... dia dahla pkai skirt,,dok terbalek..so bile anjing too kejar mmg depan mata dia la dah dia dok terbalek....hahahaha.......
Tapi Alhamdulillah....diorang berjaya mlepaskan diri dari anak anjing yg kejar org too....
dan siyong pun menyesall xnak pkai skirt dah.....n xnak dok terbalek dah...hahaha
niela blasan dia sbb kuar xbgtawu n guna basikal atok diam2x hahaha.... sorry tok....
Last2x hilang mood nak msak.....hohoho
sampai je kat umah diorg ketawa mengingatkan pristiwa yg melucukan too....haha

ISTERI TERKUTUK !!!


ASSALAMUALAIKUM.... :)

KISAH TELADAN :

ISTERI TERKUTUK !!!

Dikisahkan bahawa pada zaman dahulu terdapat seorang ahli ibadah yang sentiasa menghambakan diri kepada Allah s.w.t. Pada suatu hari ia berwuduk dan sebagaimana biasa ia melakukan solat sunat wuduk ( Syukril wuduk ) dua rakaat, lalu berdoa: "Ya Allah, terimalah amalku!"
Selesai berdoa, terdengarlah suara penyeru utusan Allah yang Maha Rahman berbunyi: "Hai lelaki terkutuk, tidak usah kamu berdoa seperti itu! Ketahuilah, bahawa amal - amalmu itu tertolak!" Maka dengan penuh tanda tanya, lelaki itu berkata:"Mengapa demikian ya Allah?" Suara itu pun terdengar menjawabnya: "Ketahuilah olehmu,kau memang seorang ahli ibadah,tetapi kau merelakan isterimu menderhakai perintah ku, kau biarkan dia meninggalkan solat!"
Maka lelaki ahli ibadah itu segera menemui isterinya, menanyakan kebenaran berita itu. Lalu si isteri menjawab:
"Wahai suamiku, aku bekerja di tempat maksiat. Sehingga aku sering terbuai indahnya alunan muzik dan hiburan yang ada. Maka wajarlah kalau aku sering meninggalkan  solat!" Mendengar penjelasan isterinya itu, serta-merta si suami menjatuhkan talak seraya berkata: "Hai isteriku,sekarang juga kau kutalak! Dan aku tidak akan menerimamu lagi untuk selamanya!"
Kemudian ahli ibadah itu mengambil wuduk, lalu mengerjakan solat dua rakaat dengan khusyuk. Selesai solat dia mengangkat kedua tangannya seraya berdoa:"Ya Allah, terimalah amal - amal baikku!". Maka terdengarlah suara yang menyeru: "Wahai hambaKu, sekarang telah Kuterima pengabdianmu!".

Lihatlah kawan2x bertapa pentingnya solat dlm kehidupan dan Seorang Suami bertanggungjawab atas seluruh isi keluarganya agar mereka mndirikan solat..  Sesungguhnya solat itu termasuk dlm rukun Islam .... :)
Solatlah anda sementara anda masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini .. :) peringatan untuk kita bersama....