Its Me !!

Foto saya
Malaysia
Segala ape yg berlaku kembalilah kepada Allah sesungguhnya kasih sayang Allah tidak pernah pudar pada hamba2xnya....

Ahad, 29 September 2013

Akibatnya apabila hati seorang ibu terluka !!!!!!!!!!... ketahuilah sahabat dimana letakknya syurga seorang anak itu.... :).....


kisah Teladan................................................!!!


ALQAMAH TIDAK DAPAT MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH KERANA MENYAKITI IBUNYA !!!



Pada suatu hari, isteri Alqamah datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam keadaan tergesa-gesa untuk mengkhabarkan perihal suaminya yang sakit tenat.
Mendengar laporan itu, baginda pun bertanya:
"Bagaimanakah keadaannya?"

Jawab isteri Alqamah:
"Sungguh membimbangkan, ya Rasulullah."
Lalu baginda pun mengutus Aromar, Bilal dan Shuhaib meninjau keadaan Alqamah yang jatuh sakit itu.
Setelah mereka sampai di rumah Alqamah, Bilal mendekati Alqamah dan mengajarnya membaca kalimah tauhid. Berkali-kali Bilal mengajarnya namun lidah Alqamah seakan-akan terkunci.

Tiada sepatah kata pun yang dapat keluar dari mulutnya.
Bilal hairan melihat kejadian yang menimpa sahabatnya itu.
Lalu  beliau pun pulang berjumpa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan menceritakan peristiwa tersebut.

Mengetahui keadaan itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam segera datang melihat Alqamah.
Setelah diketahui sendiri keadaan sahabatnya,
baginda bertanya kepada isteri Alqamah:
"Masih hidup lagikah kedua ibu bapanya?"

Isteri Alqamah menjawab:
"Ya, tetapi hanya tinggal ibunya yang sangat tua."

Rasul bertanya:
"Di mana ia sekarang?"

Isteri Alqamah berkata:
"Dia berada di rumahnya, jauh dari sini. "

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terpaksa pergi ke rumah ibu Alqamah untuk mengkhabarkan keadaan anaknya yang sedang sakit.
Setelah berbincang agak lama, barulah baginda tahu bahawa Alqamah mempunyai kesalahan terhadap ibunya.
Maka baginda meminta agar ibu itu memaafkan segala kesalahan anaknya.

Ibu Alqamah menjawab:
"Ya Rasulullah, bagaimana aku harus memaafkan anakku itu jika ia selalu menyakiti hatiku kerana cintanya kepada isterinya?"

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata:
"Jika demikian halnya, maka Alqamah akan kami bakar agar ia cepat mati.

"Kemudian, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata kepada Bilal:
"Hai Bilal, kumpulkanlah kayu api!"

Ibu Alqamah terperanjat mendengar perintah tersebut,
lalu ia pun segera menghadap Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lalu berkata:
"Ya Rasulullah, janganlah engkau bakar buah hatiku itu kerana aku maafkan segala kesalahan anakku.”

Mendengar jawapan ibu Alqamah tersebut,
baginda kembali menemui Alqamah untuk mengajarnya membaca kalimah tauhid.
Kini keadaan Alqamah telah  berubah,
lidahnya tidak terkunci lagi dan ia dapat mengucapkan kalimah tersebut dengan lancar dan jelas.

Peristiwa di atas merupakan iktibar bagi kita semua bahawa ibu bapa wajib dihormati dan dimuliakan.
Janganlah kerana sesuatu hal, maka seseorang itu terus melupakan ibu bapanya,
apatah lagi sehingga menderhakainya.

Benarlah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Reda Allah ada di dalam reda kedua ibu bapa, dan kemurkaanNya ada di dalam kemurkaan keduanya "
(Riwayat Thabarani dan Ibnu Umar)

Dari Abu Bakar Radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:
"Mahukah aku khabarkan kepada kamu dosa yang paling besar?"
Para sahabat berkata.. "Bahkan, ya Rasulullah "
Baginda bersabda: "Mempersekutukan Allah dan menderhakai kedua ibu bapa"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berjuang menegakkan agama Allah adalah suatu kewajipan bagi setiap umat Islam.
Tetapi sekiranya ada seseorang yang ingin berjuang, namun niat itu terhalang kerana tugasnya setiap hari menjaga dan memelihara kedua ibu bapanya, maka tugasnya itu dikira sama dengan berjuang di jalan Allah.
Pernah berlaku, ada seorang lelaki datang menemui Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.
Kedatangan lelaki tersebut adalah bertujuan mendaftarkan diri untuk berjihad.
Tetapi setelah ia mengemukakan maksudnya, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya:
"Apakah kamu masih mempunyai ibu bapa? "

Dia menjawab:
"Benar, ya Rasulullah Bahkan keduanya masih hidup. "

Nabi bertanya:
"Adakah kamu mengharap pahala dari Allah? "

Dia menjawab:
"Ya "

Kemudian baginda bersabda:
"Kembalilah kepada kedua ibu bapamu, dan perbaikilah layananmu terhadap keduanya "

(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Di dalam kitab Tanbih al-Ghafilin disebutkan bahawa terdapat sepuluh tugas yang mesti dilaksanakan oleh anak kepada ibu bapanya, iaitu:

1. Memberinya makan bila diperlukan.

2. Memberi layanan yang baik.

3. Menyahut panggilannya.

4. Mentaati semua perintahnya, kecuali perintah maksiat.

5. Berbicara dengan sopan dan lemah lembut.

6. Memberi pakaian bila mereka memerlukannya.

7.Berjalan di belakangnya, tidak boleh mendahului.

8.Berusaha mendapatkan keredaan mereka dengan sesuatu yang disukai mereka.

9.Menjauhkan sesuatu yang tidak disukai mereka.

10.Mendoakan keduanya agar mendapat keampunan setiap kali ia berdoa untuk dirinya.

Sebagai anak yang soleh, maka tugas-tugas berbakti kepada ibu bapa merupakan tugas utama sebelum tugas-tugas duniawi lainnya dilaksanakan.
Demikianlah tuntutan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana pernah baginda melaksanakan dalam  kehidupannya.


* mami adalah segala2xnya bagiku....
* wahai sahabat...jgnlah kau sakiti hati ibumu...sesungguhnya syurga kita terletak dibwah telapak kaki ibu.... hati seorg ibu itu sangat halus... jgn kau sakiti hatinya...
kerana engkau harus ingat segala pengorbanan yg pernah diberikan kpd kita dri kita kecil hinggalah dewasa....jerit payahnya menjaga dan mendidik kita,,bertarung nywa antra hdup dan mati dalam melahirkan kita kedunia yg smentara ini.... :(
* sy syg mami sy :)...love u 4 ever...
*Maafkan atas segala slah silap n dosa dari sy kecil hinggalah sy meningkat dewasa...


2 ulasan: